abah….aku tahu
apa rasa hatimu
menatap sayu sekeping kertas
kertas yang mengakhiri harapanmu pada seorang waris
waris awal yang padamu bakal mencorak
gerak waris mu seterusnya
abah….dilewat usia tua yang hampir ini
aku sedar semua kesilapan
akur pada kedegilan yang membawa pilumu sampai kini
namun aku tidak gagal dalam perjalanan kedua
dan ketiga yang membolehkan aku senyum
walau senyum itu tidak lama kerana aku tidak senasib
setelah mencuba menunaikan sebuah impian menggunung
abah….
duduk aku disini bukan aku lari
hanya satu niat
bahawa aku mampu terus hidup
hidup diatas kaki bukan hati semata
abah….
sebenarnya kau boleh senyum
kerana waris warismu tidak senasib seperti aku
aku bangga dengan apa mereka miliki
walau seringkalinya aku sakit pada semua pertemuan
sakit merindui sesuatu darimu
abah….senyumlah
meski hingga detik ini aku belum pasti
inikah perjalanan terakhir
atau mungkin
kembali asal mula dewasaku
mencari
kebenaran atau kepalsuan
pada nama atau hakikat seorang…..anak
Nukilan rasa oleh : Azieda HY90
Facebook : Yop Sham Abg Sulong

